SAMT Sultan Hisamuddin
You are here Home
  • SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    SAMT Sultan Hisamuddin ditubuhkan pada 1936 di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang. Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
  • SELAMAT HARI GURU
    SELAMAT HARI GURU
    Pengetua sekolah mencuba sukan memanah pada sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diadakan pada 16 Mei 2011.
    Gambar lain sila klik DISINI.
  • PERASMIAN SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    PERASMIAN SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli bagi merasmikan SAMT Sultan Hisamuddin pada 29 April 2010 (Khamis) bersamaan 14 Jamadil Awwal 1431H.
    Gambar lain sila klik DISINI.

SAMT Sultan Hisamuddin

Mesyuarat Agung Kokurikulum

Assalamu'alaikum WBT
 
Mesyuarat agung unit beruniform
 
Pada hari Rabu bersamaan 11 Januari 2012, Unit Kokurikulum SAMT Sultan Hisamuddin telah menganjurkan Mesyuarat Agung Kokurikulum tahun 2012 bagi semua unit beruniform, kelab/persatuan, sukan/permainan dan rumah sukan. Program ini merupakan program tahunan dan kebiasaannya dilaksanakan sekitar minggu kedua atau minggu ketiga sesi persekolahan.
 
Tentatif program
1.30 tengah hari : P&P ditamatkan
1.50 tengah hari : Solat Zohor di Surau Al-Khalili
2.20 petang : Taklimat ringkas di Dewan Al-Bukhari
2.30 petang : Mesyuarat agung unit beruniform
3.00 petang : Mesyuarat agung kelab/persatuan
3.30 petang : Mesyuarat agung sukan/permainan
4.00 petang : Mesyuarat agung rumah sukan
4.30 petang : Bersurai
 
Quartermaster sedang menjalankan tugas
 
Mesyuarat agung rumah sukan
 
Program tersebut berjalan dengan lancar. Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kokurikulum dan dikehendaki membawa buku penilaian kokurikulum setiap kali perjumpaan. Majulah sukan untuk negara.
 
Entri ini ditaip pada 12 Januari 2012 bersamaan 18 Safar 1433H

Selamat Datang

Assalamualaikum WBT
 
Selamat datang ke Laman Web Rasmi SAMT Sultan Hisamuddin. Laman web ini dibina bertujuan untuk memaparkan informasi dan aktiviti sekolah yang terkini dan mutakhir. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan maklumat yang padat untuk tatapan para pengunjung.

Laman web ini masih dalam penyelenggaraan dan InsyaALLAH, awal tahun 2012 dijangka siap sepenuhnya. Kami amat mengalu-alukan komen dan pendapat daripada anda semua agar kami dapat menyediakan sebuah laman web yang menarik dan berinformasi.

Pautan


Lokasi

SAMT SULTAN HISAMUDDIN
Address: JALAN KOTA RAJA,
41000 KLANG
SELANGOR, MALAYSIA
Telephone: +6 03-3371 3793
Fax: +6 03-3373 2594
samtsh[at]samtsh.bpi.edu.my
http://samtsh.bpi.edu.my

 

SAMTSH

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Jalan Kota Raja telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 29 April 2010 (Khamis) bersamaan 14 Jamadil Awwal 1431H.

You are here Home