Kami warga SAMT Sultan Hisamuddin Jalan Kota Raja, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
Murid
-
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.
-
Memastikan kebajikan murid diambil tindakan serta-merta.
-
Memberi peluang murid menyertai semua program sekolah di peringkat zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.
Staf
-
Memaklumkan kepada guru-guru, segala edaran daripada “stakeholders” dibuat selewat-lewatnya 3 hari daripada tarikh surat diterima.
-
Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
-
Semua tuntutan perjalanan diproses dalam masa seminggu selepas borang dihantar.
-
Setiap aduan staf akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih daripada seminggu.
Ibu Bapa
-
Segala aduan dan rayuan secara bertulis diproses dalam masa 2 minggu.
-
Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diproses dalam tempoh 2 hari.
-
Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan.
Komuniti
- Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
Stakeholders
- Memberi maklum balas kepada semua surat arahan dari stakeholders selewat-lewatnya tiga hari bekerja selepas tarikh diterima.





