Sejarah Penubuhan
You are here Profil Sejarah Penubuhan
  • SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    SAMT Sultan Hisamuddin ditubuhkan pada 1936 di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang. Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
  • SELAMAT HARI GURU
    SELAMAT HARI GURU
    Pengetua sekolah mencuba sukan memanah pada sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diadakan pada 16 Mei 2011.
    Gambar lain sila klik DISINI.
  • PERASMIAN SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    PERASMIAN SAMT SULTAN HISAMUDDIN
    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli bagi merasmikan SAMT Sultan Hisamuddin pada 29 April 2010 (Khamis) bersamaan 14 Jamadil Awwal 1431H.
    Gambar lain sila klik DISINI.

Sejarah Penubuhan

E-mail Print PDF
1936
  • Penubuhan Sekolah Agama (untuk pelajar lelaki) di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang. Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
1946
  • Penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah (untuk pelajar perempuan di rumah Haji Othman).
1947
  • Dengan budi bicara Raja Nong, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin mewakafkan istana baginda (Kolej Islam sekarang) untuk pelajar Madrasah Ahliah Utmaniah & juga pelajar lelaki dibawah pentadbiran yang berasingan. Madrasah perempuan menukar nama kepada Raudzah Hisamuddin Syariah dengan Ustazah (Allahyarhamah) Asmah binti Othman sebagai Guru Besar pertamanya. Madrasah lelaki diberi nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.
1951
  • Rombongan pelajar permpuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir menemui DYMM Almarhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan. Hasilnya, Madrasah Raudzah Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.
1956
  • Pelajar lelaki Mutail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang. Kemudian dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar “ibtidani” (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki IV Tahanawi.

1957
  • Madrash Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru Sungai Bertih.
1974
  • Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin dipindahkan ke Sungai Bertih (SAMRH). Maahad Hisamuddin (lelaki) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (perempuan) dan bertukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).
  • SAMRH (Sungai Bertih) dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kampung Jawa.
1979
  • Bangunan lama SAMRH (Sungai Bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa.

1982

  • Bangunan baru SAMTH Kampung Jawa mula digunakan.
  • Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih Kampung Jawa dipisahkan.
1984
  • Pengasingan pelajar lelaki dan perempuan diperingkat menengah tinggi. Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa.
1987
  • Kelas tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah agama JAIS yang lain hingga ke tahun 1991.
1992
  • SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi perempuan sepenuhnya.
1998
  • November : SAMT Hisamuddin dan SAM Unwanus Saadah telah mendapat pengiktirafan MS 1SO 9002 dari Audit SIRIM. Sijil Pengiktirafan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Abu Hassan Omar, Menteri Besar Selangor dalam satu Majlis Rasmi Bulanan di Dataran Bangunan SUK, Shah Alam
2001
  • SAMTH berpindah ke bangunan baru yang lengkap dengan surau, asrama dan padang permainan. Pada masa yang sama sekolah telah menerima semula kemasukan pelajar lelaki bermula dari Tingkatan Satu.

2005

  • Proses pendaftaran Sekolah-Sekolah Agama Menengah JAIS menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2006
  • Guru-guru berjawatan tetap JAIS diberi peluang membuat pilihan (opsyen) sama ada berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau meneruskan berkhidmat dibawah Kerajaan Negeri.
2007
  • Januari : Secara rasminya SAM/SAMT  Negeri Selangor menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia.
2009
  • Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al Marhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah, berkenan merasmikan SAMTH dan seterusnya nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamddin Kampung Jawa ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH).

2011

  • Bangunan dua tingkat bagi pelajar Tingkatan Enam dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Lokasi

SAMT SULTAN HISAMUDDIN
Address: JALAN KOTA RAJA,
41000 KLANG
SELANGOR, MALAYSIA
Telephone: +6 03-3371 3793
Fax: +6 03-3373 2594
samtsh[at]samtsh.bpi.edu.my
http://samtsh.bpi.edu.my

 

SAMTSH

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Jalan Kota Raja telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 29 April 2010 (Khamis) bersamaan 14 Jamadil Awwal 1431H.

You are here Profil Sejarah Penubuhan